SELANGOR

YIDE buka permohonan jawatan jururawat terlatih

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 8 JAN: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) membuka peluang kepada orang ramai yang berkelayakan untuk memohon jawatan jururawat terlatih.

Antara syarat kelayakan, mereka harus mempunyai Diploma Kejururawatan, Diploma Lanjutan, Graduan Diploma Tinggi atau setaraf dengannya.

Selain itu, antara syarat lain adalah mempunyai Lesen Praktik Tahunan dan mereka yang ada Sijil Kejururawatan Hemodialisis Asas juga adalah satu kelebihan.

Untuk memohon, sila hantarkan resume beserta gambar dan salinan kad pengenalan sebelum atau pada 13 Januari, di email [email protected] atau pos ke alamat No 311 & 312, Tingkat 3, Pangsapuri Bestari, Persiaran Kemajuan, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 03-55103931 atau layari Facebook Yayasan Islam Darul Ehsan / yide4all atau Instagram yide_officialhq.

Kini, YIDE mengurus selia enam cawangan Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Enam pusat itu membabitkan Pusat Dialisis MAIS Shah Alam, Kapar, Kuala Selangor, Sungai Besar, Taman Melawati dan Bukit Jelutong.

Kesemua pusat dialisis itu menyediakan 43 mesin hemodialisis bagi menampung kapasiti pesakit daripada pelbagai peringkat umur.

Rawatan hemodialisis adalah salah satu peranan YIDE dalam memberi khidmat sokongan kebajikan khususnya dalam bidang kesihatan dan perubatan.


Pengarang :