SELANGOR

Acara Amal Tahun Baharu Cina sokongan buat pesakit kanser

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 FEB: Pusat Khidmat ADUN Bandar Utama akan mengadakan Acara Amal Tahun Baharu Cina di Atria Galeri Membeli-belah, pada 16 Februari ini.

Ahli Dewan Negeri Bandar Utama, Jamaliah Jamaludin berkata, ia bertujuan meningkatkan dana bagi pembuatan rambut palsu yang akan diberikan kepada pesakit kanser.

Katanya, usaha itu sebagai tanda sokongan kepada pesakit melawan penyakit kanser untuk sembuh.

“Kami ingin anda menyertai kami untuk menyambut tahun baharu dan menyumbang dalam acara amal ini.

“Antara aktiviti lain yang akan dianjurkan adalah menderma koleksi rambut palsu untuk Persatuan Harapan, Origami Paper Crane dilipat sebagai simbol sokongan kepada pesakit kanser, Bengkel Seni Pastel Jepun, Bengkel IY Ang Pow Lantern serta pemeriksaan sendiri kanser oleh Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA),” katanya.

Turut diadakan jualan amal menggunakan kupon yang boleh didapati di Atria Shopping Gallery dan Pusat Khidmat ADUN.


Pengarang :