SELANGOR

‘Alami Ilmu’ di Pesta Buku Selangor 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 FEB: Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Pesta Buku Selangor 2019 (PBS2019) yang bakal berlangsung dari 28 Februari sehingga 10 Mac ini, di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) , Shah Alam.

PBS2019 yang berlangsung selama 11 hari  itu dibuka dari jam 10 pagi hingga 9 malam dan dilanjutkan kepada jam 10.30 malam bagi hari Sabtu dan Ahad.

Bertemakan ‘Alami Ilmu’ ia bertujuan melahirkan budaya membaca dalam pelbagai aspek termasuk menonjolkan kreativiti kepada pengunjung dan peserta.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik sedang menunggu pengunjung disana antaranya berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah.

Sejumlah RM500 ditawarkan untuk dimenangi oleh sembilan pemenang setiap hari.

Hampir 100 pempamer akan mengadakan jualan murah sempena pesta buku berkenaan.

 


Pengarang :