NASIONAL

Aliran trafik di beberapa lebuh raya lancar

KUALA LUMPUR, 6 FEB: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak lancar, setakat jam 10 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, aliran trafik bergerak lancar di sepanjang Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang.

“Bagaimanapun, terdapat kemalangan membabitkan kereta di Km 81 arah Utara dari Gurun ke Pendang, Kedah menyebabkan trafik bergerak perlahan,” katanya kepada BERNAMA.

Pada masa sama, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilaporkan lancar setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini melalui talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :