NASIONAL

Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya utama

KUALA LUMPUR, 10 FEB: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat jam 9 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, aliran trafik bergerak lancar di sepanjang Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilaporkan lancar setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :