Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya setakat tengah hari | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya setakat tengah hari

KUALA LUMPUR, 9 FEB: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat jam 12.30 tengah hari ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, aliran trafik di bahagian utara bergerak perlahan dari Kuala Kangsar menuju ke Terowong Menora, Ipoh ke Simpang Pulai, Tapah ke Hentian Rehat dan Rawat Tapah serta Bidor ke Sungkai.

“Terdapat kemalangan sebuah lori tangki di Persimpangan Jawi yang menyebabkan semua lorong terhalang dan menyebabkan aliran trafik perlahan sejauh 12 kilometer,” katanya di sini, hari ini, lapor BERNAMA.


Beliau berkata, aliran trafik di selatan pula perlahan dari Nilai ke Bandar Ainsdale, Senawang ke Hentian Rehat Senawang, Kulai ke Sedenak dan Bangunan Sultan Iskandar dari Singapura ke Malaysia.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi memaklumkan, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 juga dilapor lancar di kedua-dua arah.

“Aliran trafik hanya perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak sebelum Terowong Genting Sempah,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next