SELANGOR

Amirudin santuni kariah Masjid Qaryah Kampung Rinching Hulu

OLEH AFIX REDZUAN

SEMENYIH, 18 FEB: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari meluangkan masa beramah mesra bersama kariah Masjid Qaryah Kampung Rinching Hulu, di sini dan menunaikan solat Isyak berjemaah.

Beliau yang tiba sekitar jam 8 malam sempat mendengar khuliah Maghrib yang berlangsung sementara menanti masuknya waktu solat Isyak dan solat jemaah dipimpin Imam 1, Muhd Safwan Ramlee.

Sejurus selesai, beliau bersalaman bersama jemaah sebelum dijemput Nazir Masjid, Shamsudin Md Yassin menjamu selera menikmati bihun sup.

Amirudin kemudian meneruskan program di DUN Semenyih dengan menyampaikan ceramah kelompok di Bandar Rinching 5, Semenyih.


Pengarang :