NASIONAL

Azmin dibenar pulang ke rumah

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 FEB: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dibenarkan pulang ke rumah selepas dimasukkan ke hospital selama beberapa hari bagi menjalani pembedahan.

Beliau kemudian menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di kediamannya, tengah hari tadi.

Terdahulu, dalam ciapan Twitter anaknya, Farah Amira turut merakamkan kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Saya dan keluarga menjunjung kasih atas keberangkatan Ke bawah DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang berkenan mencemar duli menziarahi Abah @AzminAli,” tulisnya.

Terdahulu, Mohamed Azmin turut menerima kunjungan daripada isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali dan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa.

 


Pengarang :