Bacaan Yasin peringati Hari Keputeraan Tunku Abdul Rahman | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Nadiah Zamlus

Bacaan Yasin peringati Hari Keputeraan Tunku Abdul Rahman

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 8 FEB: Sebuah majlis bacaan Yasin diadakan sempena ulangtahun Hari Keputeraan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Majlis berkenaan diadakan bagi menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Pada masa sama, ia bagi memperingati pengorbanan Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri pertama Malaysia.

Turut berangkat mewakili baginda Sultan Selangor ialah Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj.

Hadir sama, Orang-orang Besar Istana Selangor, Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj dan Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Dato’ Setia Ramli Alhaj.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next