SELANGOR

Beberapa jalan ditutup sempena Fun Night Run Ultimate Red Battle

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 20 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan bagi melancarkan program Larian ‘Fun Night Run Ultimate Red Battles’, pada 23 Februari ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, penutupan jalan itu membabitkan Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Damai, Persiaran Dato’ Menteri, Persiaran Kayangan, Persiaran Institut, Persiaran Masjid dan Persiaran Raja Muda bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

Katanya, bagi Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan) jalan ditutup bermula 3 petang pada 22 Februari (Jumaat) hingga 24 Februari (Ahad).

“MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari masa ke masa oleh MBSA.

“Kami juga memohon pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Pengarang :