Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Saifuddin Muhammad berkata, seramai 16 anggota bomba terbabit dalam operasi itu yang merangkumi pencarian di kawasan pesisir pantai dan dalam air.
“Pencarian di pesisir pantai dijalankan di kawasan sekitar lima kilometer di kiri dan kanan lokasi kejadian, manakala di dalam air pula di kawasan lima kilometer dari pantai.
“Operasi SAR di laut dijalankan oleh 10 anggota termasuk lima dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Chukai manakala lima lagi anggota dari BBP Dungun,” katanya kepada BERNAMA.
Katanya, pencarian pagi ini turut dibantu oleh 11 anggota polis dan tujuh Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Dalam kejadian pada kira- kira jam 2.30 petang semalam, Muhammad Bilal Muhammad Akram, 24, dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pantai itu bersama tiga rakannya yang lain
*Sumber: BERNAMA