Bunyi angin pelik selepas azan Asar | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Nadiah Zamlus

Bunyi angin pelik selepas azan Asar

OLEH NADIAH ZAMLUS

TANJONG KARANG, 13 FEB: Seorang warga emas tidak menjangka dirinya terselamat daripada kejadian ribut apabila selesai menunaikan solat Asar, pada petang Ahad lalu.

Munisah Darsah, 81, berkata cuaca pada awalnya cerah dan langsung tidak menunjukkan ribut akan melanda, pada waktu petang.


“Selesai azan Asar, saya terus solat dan kemudian terdengar bunyi angin pelik serta semakin kuat. Pada waktu itu, hanya saya dan anak berada dalam rumah kerana takut dengan bunyi angin berkenaan, makcik cepat-cepat keluar.

“Apabila keluar sahaja dari rumah, makcik nampak atap sudah mula terbang dan bahagian belakang rumah seperti hendak ranap, sehingga sekarang makcik masih takut, kalau lambat mungkin makcik akan dihempap kayu yang runtuh,” katanya kepada SelangorKini.

Munisah yang menetap di perkampungan itu sejak kecil turut memberitahu ia adalah pengalaman paling buruk pernah dialaminya seumur hidup.

Seorang lagi mangsa, Rosmah Rahmat, 59, berkata kejadian ribut terburuk dalam tempoh 20 tahun itu menyebabkannya trauma sehingga hari ini.

Katanya, kejadian turut menyebabkan hampir kesemua bumbung rumahnya hilang sehingga air hujan memasuki rumah.

“Daripada awal kejadian hingga ribut hilang, saya hanya duduk mendiamkan diri di dalam rumah, sehingga jiran panggil pun saya masih membatukan diri kerana terkejut.

“Apabila keluar sahaja daripada rumah, saya lihat atap beterbangan di merata tempat dan memang ia kejadian paling menakutkan untuk saya dan suami,” katanya.

Tambah menyedihkan apabila kejadian itu turut menyebabkan kereta anaknya yang baru sahaja dibeli kurang seminggu mengalami kerosakan di bahagian cermin belakang akibat terkena serpihan rumah.

Sehingga kini, sebuah pusat pemindahan sementara dibuka bertempat di Surau Darul Maarif yang menempatkan tiga buah keluarga.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next