EKONOMINASIONAL

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 28 FEB: Penanda aras FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat pada sesi dagangan pagi ini dipacu beberapa saham wajaran tinggi seperti IHH Healthcare dan RHB Bank ekoran prestasi kewangan kukuh, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Bagaimanapun, sentimen pasaran di Bursa Malaysia adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung, pada pagi ini.

Pada jam 9.15 pagi, indeks penanda aras itu berada pada 1,716.88, naik 3.43 mata daripada 1,713.45 semasa penutup semalam.

Indeks dibuka 1.93 mata lebih tinggi kepada 1,715.38.

JF Apex Research berkata, FBM KLCI dijangka menurun ke paras sokongan 1,700 mata susulan ketegangan yang semakin meningkat antara India dan Pakistan.

“Pasaran AS ditutup mendatar berikutan ketidaktentuan berhubung rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) AS dan ketegangan geopolitik antara India dan Pakistan.

“Saham Eropah menyusut menjelang pertemuan antara pemimpin AS dan Korea Utara,” katanya dalam satu nota hari ini.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 184 berbanding 162, manakala 190 kaunter tidak berubah, 1,341 tidak diniagakan dan 52 digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 237.92 juta saham bernilai RM130.90 juta.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :