Bursa Malaysia tidak banyak berubah dalam dagangan awal | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Bursa Malaysia tidak banyak berubah dalam dagangan awal

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Bursa Malaysia tidak banyak berubah dalam dagangan awal dengan sentimen berhati-hati terhadap perkembangan luaran, kata peniaga.

Pada jam 9.14 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,685.79, susut 2.77 mata berbanding 1,688.56 pada penutuoan Isnin.

Indeks dibuka 3.66 mata lebih kukuh pada 1,692.22.


Seorang peniaga berkata pergerakan di pasaran saham tempatan dijangkakan mendatar ekoran sentimen yang kekal dalam kedudukan berhati-hati menjelang satu lagi pusingan rundingan perdagangan antara AS dan China di Beijing.

“Sokongan segera untuk indeks kekal pada 1,680 manakala tahap rintangan pada tahap tertinggi baru-baru ini pada 1,705,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia, Maybank susut dua sen kepada RM9.57, Public Bank turun empat sen kepada RM25.04 dan Petronas Chemicals susut tujuh sen kepada RM8.47.

TNB dan CIMB masing-masing kekal pada RM13.16 dan RM5.76.

Bagi kaunter aktif, Barakah Petroleum meningkat setengah sen kepada 11 sen manakala VS Industry dan MRCB masing-masing menambah 1.5 sen kepada 88.5 sen dan 72.5 sen.

JAG dan Sapura Energy masing-masing kekal pada 8.5 sen dan 28 sen.

Indeks FBM Emas susut 4.511 mata kepada 11,724.31, FBMT 100 turun 6,78 mata kepada 11,592.79 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 5.48 mata kepada 11,569.72.

Indeks FBM Ace meningkat 15.12 mata kepada 4,598.64 dan FBM 70 menokok 42.569 mata kepada 14,007.18.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 3.67 mata kepada 17,711.34, Indeks Perladangan naik 25.4 mata kepada 7,283.89 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.35 mata kepada 162.15.

Kedudukan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 192 berbanding 99, manakala 181 kaunter tidak berubah, 1,381 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 175.42 juta saham bernilai RM82.91 juta.

*Sumber: BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next