Ceramah Ustaz Abdul Somad ‘full house’ | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Nazli Ibrahim

Ceramah Ustaz Abdul Somad ‘full house’

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 FEB: Kuliah Maghrib bertajuk Nikmat Islam oleh Ustaz Abdul Somad, di Masjid Negeri mendapat sambutan luar biasa hadirin yang memenuhi dewan solat masjid terbabit.

Majlis ilmu itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan dimulakan sejurus selesai solat maghrib.


Antara perkara disentuh Abdul Somad dalam ceramahnya ialah mengingatkan umat Islam supaya menuntut ilmu dalam pelbagai bidang dan tidak terhad kepada ilmu agama semata-mata.

Ketika menjawab soalan daripada hadirin, beliau berkata, orang Islam harus melayani orang bukan beragama Islam dengan adil selagi golongan itu tidak memerangi agama suci berkenaan.

“Selagi mereka baik dengan kamu, tidak menghalau kamu daripada Malaysia, maka kamu harus melayani mereka dengan baik,” katanya.

Sementara itu, tinjauan SelangorKini mendapati jalan utama ke Masjid Negeri mulai sesak sekitar jam 6.30 petang, manakala perkarangan masjid pula dipenuhi kenderaan sejak jam 7 petang.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai meletakkan kenderaan masing-masing di bahu jalan sehingga ke Bulatan Setia Jasa.

Abdul Somad adalah ulama tersohor Indonesia yang terkenal di beberapa negara jiran, termasuk Malaysia.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next