Gempa bumi sederhana gegar Malang dan Jawa Selatan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Gempa bumi sederhana gegar Malang dan Jawa Selatan

JAKARTA, 19 FEB: Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan kawasan tenggara daerah Malang, Jawa Timur awal pagi ini.

Gempa berpusat di 159 kilometer (km) tenggara daerah Malang itu berlaku pada jam 2.30 pagi waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika, gegaran gempa itu dirasakan di Lumajang, Karangkates, Kuta, Nusa Dua dan Malang, namun tiada ancaman tsunami dikeluarkan.


Setakat ini, belum ada laporan kesan atau impak gempa itu kepada penduduk dan kawasan setempat.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Jawa Selatan kira-kira jam 3.30 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian gempa dengan kedalaman 10km itu berlaku pada jarak 209km selatan dari Blitar, Indonesia.

Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

*Sumber: BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next