Gempa kuat gegar barat daya Maluku | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Gempa kuat gegar barat daya Maluku

JAKARTA, 20 FEB: Gempa bumi bermagnitud 5.9 pada Skala Richter menggegarkan kawasan barat daya Maluku Utara, Indonesia pagi ini.

Gempa berpusat di 130 kilometer barat daya Ternate-Maluku Utara itu berlaku pukul 7.10 pagi waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gegaran gempa itu dirasakan di Manado, Bitung dan Kotamobagu.


Tiada ancaman tsunami dilaporkan.

Setakat ini belum terdapat laporan kesan atau impak gempa itu kepada penduduk dan kawasan setempat.

*Sumber: BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next