JDT juara Piala Sumbangsih kali keempat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

JDT juara Piala Sumbangsih kali keempat

JOHOR BAHRU, 3 FEB: Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala Sumbangsih 2019 selepas menewaskan Perak 1 – 0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Harimau Selatan berjaya mempertahankan kejuaraan dimenangi tahun lalu dan ia juga yang keempat bagi skuad bimbingan Benjamin Mora untuk menjulang piala juga dikenali Piala Sultan Ahmad Shah.

Gol tunggal JDT dihasilkan penyerang import dari Argentina, Gonzalo Cabrera pada minit ke-40.


JDT memulakan perlawanan dengan menyakinkan apabila menguasai permainan dengan gerakan kemas bagi mengancam pertahanan pasukan Perak.

Penyerang kebangsaan, Safawi Rashid, memperoleh dua peluaang pada 10 minit pertama namun percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul.

Harimau Selatan terus berusaha melancarkan serangan ke kubu The Bos Gaurus dan Hafizul Hakim akhirnya tertewas kepada Cabrera yang tenang menyudahkan percubaan lambung untuk gol tuan rumah.

Bersambung separuh masa kedua, pasukan bimbingan Mehmet Durakovic berusaha bangkit dan mengubah rentak permainan dengan mencipta beberapa gerakan namun JDT kental bertahan bagi menafikan percubaan Perak.

JDT turut mendapat peluang menambah gol pada minit ke-70 menerusi sepakan percuma Aaron Niguez Esclapez tetapi tersasar.

Perak pula mendapat peluang dalam masa kecederaan hasil tandukan Shahrel Fikri Md Fauzi namun gagal mengubah kedudukan.

Keputusan 1-0 kekal memihak JDT hingga ke wisel penamat sekaligus menghadiahkan tiga mata pertama untuk pasukan itu dalam Liga Super 2019.

FOTO: ASTRO AWANI

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next