TOKYO, 7 Nov — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang akhbar kepada wartawan Malaysia selepas menamatkan lawatan kerja selama tiga hari ke Jepun hari ini. –fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA TOKYO, Nov 7 — Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad during a press conference with Malaysian journalists after ending of his three-day working visit to Japan, today. — fotoBERNAMA (2018) COPYRIGHT RESERVED?
NASIONAL

Kaji cadangan tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Kehakiman

KUALA LUMPUR, 15 FEB: Kerajaan akan mengkaji sebarang cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap dakwaan terbaru berkenaan salah laku hakim kanan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedia maklum berkenaan dakwaan hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer dalam afidavitnya yang membuat pendedahan mengejutkan.

“Ya, saya tahu beliau membangkitkan sesuatu tetapi saya tidak boleh beri komen berkenaan perkara ini, kerana seperti yang kamu tahu, kita tidak harus memburukkan badan kehakiman secara terbuka, tetapi sudah tentu kita mempunyai pandangan peribadi.

“Kerajaan akan mengkaji apa-apa cadangan dan, jika perlu kita akan menubuhkannya (suruhanjaya siasatan diraja),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia, di sini.

Hakim Hamid, dalam afidavitnya setebal 63 muka surat semalam sebagai sokongan kepada permohonan oleh Sangeet Kaur Deo, mendedahkan butiran mengejutkan berkenaan beberapa kejadian campur tangan hakim dalam badan kehakiman di Malaysia, termasuk campur tangan dalam keputusan rayuan kes hasutan Karpal Singh di Mahkamah Rayuan.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :