Atlet Malaysia memiliki peluang beraksi pada Olimpik 2020 di Jepun kerana masih terdapat empat slot dari benua Asia untuk diisi.
SELANGOR

Kejohanan Taekwondo Jemputan Piala Datuk Bandar Shah Alam kembali

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 21 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Kejohanan Taekwondo Jemputan Piala Datuk Bandar Shah Alam 2019 di Dewan MBSA Seksyen 19, pada 2 hingga 3 Mac ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, kejohanan itu bertujuan mencungkil bakat baru di peringkat akar umbi, sekali gus melahirkan atlet berkualiti dan berdaya saing.

“Kejohanan ini juga membentuk disiplin dan jati diri seseorang serta dapat memupuk semangat kesukanan dalam melahirkan individu sihat dan berkualiti.

“Enam kategori dipertandingkan mengikut umur, bawah 6 tahun, 7 hingga 8 tahun, 9 hingga 11 tahun, 12 hingga 14 tahun, 15 hingga 17 tahun dan 18 tahun keatas,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, beliau berkata, kejohanan itu juga dapat mempromosikan MBSA sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang prihatin tentang aktiviti sukan bagi golongan remaja di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang.

Orang ramai dijemput hadir menyaksikan kejohanan itu.


Pengarang :