PELANCONGANSELANGOR

Kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina di Dong Zhen Temple

Dong Zhen Temple menjadi salah satu lokasi utama dan terbesar bagi sambutan Perayaan Tahun Baru Cina, di Jenjarom, Selangor.

Pengunjung dari dalam dan luar negara dapat menikmati keunikan perlbagai dekorasi menarik sepanjang kunjungan mereka ke sana.

Jurufoto SelangorKini turut berkesempatan merakam gambar menarik ketika berada di sana.

 Pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar bersama replika patung comel yang terdapat di sana | HAFIZ OTHMANHan, 9 bersama adiknya teruja melihat keunikan kepala singa yang dipamerkan | FIKRI YUSOF Yap, 37 memeriksa keadaan tanglung yang tergantung di sepanjang kawasan pintu masuk di sana | FIKRI YUSOF Uncle Li, 65 duduk menikmati keindahan dekorasi warna-warni di sekitar kawasan itu | ASRI SAPFIE  Tanglung gergasi dihiasi dengan 12 zodiak cina turut menarik perhatian pengunjung | HAFIZ OTHMANReplika teratai gergasi pelbagai warna turut menjadi pilihan hiasan utama di sana | HAFIZ OTHMAN Adik Ai, 10 meletakkan lilin berbentuk teratai merah muda simbolik kesucian dan penghormatan dalam kepercayaan masyarakat cina sambil ditemani ibunya | FIKRI YUSOF Chen, 25 menggantungkan ‘Lucky Charm’, berharap dapat memberikan nasib yang baik dalam kehidupan beliau | ASRI SAPFIE


Pengarang :