NASIONAL

Kerajaan tiada lampu Aladdin pulih negara serta-merta

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEMENYIH, 27 FEB: Usaha memulihkan ekonomi negara tidak boleh dilaksanakan dengan semudah menggosok lampu Aladdin seperti dalam cerita dongeng rakyat.

Sebaliknya, Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, ia memerlukan kesungguhan dan masa yang panjang.

“Kita berkerja keras untuk membaiki negara, berilah masa, ekonomi negara memang susah nak dipulihkan kerana kita bukan ada lampu Aladdin, gosok-gosok keluar jin, selesai masalah.

“Kita perlukan kesungguhan, kami pemimpin Pakatan Harapan (PAKATAN) memang tidak banyak pengalaman lagi tetapi Insha Allah pemimpin yang bersih akan menjauhkan diri serta memerangi rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Ceramah Isu Semasa dan Pelancaran Aiman For Semenyih, di Pangsapuri Bandar Rinching, di sini, malam tadi.

Katanya, dalam tempoh lapan bulan menerajui kerajaan, PAKATAN sering dilemparkan dengan pelbagai fitnah pembangkang.

Katanya, rakyat perlu lebih bersabar dan tidak mudah termakan hasutan propaganda murahan pembangkang.


Pengarang :