Komisen lumayan dorong 12 wanita asing jadi GRO | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Komisen lumayan dorong 12 wanita asing jadi GRO

PETALING JAYA, 23 FEB: Komisen lumayan diterima setiap kali dapat menarik pelanggan dan menawarkan khidmat urutan batin seks, menjadi tarikan 12 wanita warga asing bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO), di sebuah premis hiburan di Dataran Sunway, di sini.

Kesemua wanita itu dipercayai mendapat komisen sekitar RM45, RM80 dan RM165 sehari, bergantung pada jenis urutan batin jika pelanggan yang melanggani mereka berpuas hati.

Memetik BERNAMA, premis hiburan dua tingkat itu mempunyai 11 bilik dilengkapi katil saiz ‘queen’, berhawa dingin, sebuah tandas di tingkat dua dan kondom pakai buang turut ditemui di kebanyakan bilik berkenaan.


Kegiatan itu terbongkar selepas premis hiburan yang beroperasi tanpa lesen, diserbu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, bermula tengah malam hingga awal pagi tadi.

Pegawai Turus D7 Selangor, DSP Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, polis menahan lapan wanita warga Vietnam, dua warga Thailand, dua warga Indonesia serta seorang lelaki Bangladesh bertindak sebagai penjaga premis itu dalam sebuan bermula pada jam 11 malam.

Katanya, berdasarkan hasil risikan, pihaknya mendapati premis hiburan itu beroperasi selama enam bulan lalu dan dibuka pada jam 1 tengah hari hingga 4 pagi.

“Mereka ini akan dapat komisen bagi setiap pelanggan yang dilayani dan semakin ramai pelanggan, semakin banyak komisen diperoleh.

“Hasil siasatan polis, kesemua mereka tidak memilki pasport dan masuk ke negara ini secara haram,” katanya kepada pemberita selepas serbuan itu.

Mohd Khaizam Ahmad berkata, kesemua wanita berkenaan dipercayai tinggal dalam dua buah bilik di premis itu, yang diubah suai untuk tinggal secara beramai-ramai.

“Polis turut merampas sejumlah kondom pakai buang yang belum digunakan, disorokkan di dalam botol pencuci tandas diubah suai serta merampas sejumlah kondom disembunyikan di dalam tempat penyimpan air bersih,” katanya.

Kesemua suspek dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bagi tindakan selanjutnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan.

*Sumber: BERNAMA

*Foto: Arkib BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next