SELANGOR

Laluan motosikal Jalan Railway kembali dibuka Selasa ini

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 17 FEB: Laluan jejantas motosikal lama dari Jalan Railway 1/2 hingga Jalan PJS 1/26 akan kembali dibuka kepada pengguna, pada 19 Februari ini.

Jurucakap Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkata, pembukaan laluan itu bagi memudahkan pengguna motosikal dari Petaling Jaya Selatan (PJS) dan Pusat Bandar menggunakan jejantas terbabit sebagai laluan alternatif untuk ke destinasi tertentu berbanding menggunakan laluan Lebuhraya Baru Pantai – Jalan Templer.

“Jejantas lama itu ditutup sejak 7 Januari hingga 18 Februari bagi kerja penyambungan jejantas lama dan baru serta memasang struktur rasuk jejantas.

“Bagi Pembukaan Laluan jejantas baru akan diumum kelak,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

SelangorKini sebelum ini melaporkan, Jalan Railway 1/2 hingga Jalan PJS 1/26 ditutup selama tiga minggu bagi membolehkan kerja penyambungan jejantas motosikal lama dan baharu di jalan berkenaan dilakukan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh menghubungi Bahagian Aset dan Infrastruktur, Jabatan Kejuruteraan MBPJ di talian 03-79584221.

 


Pengarang :