SELANGOR

LITRAK tawar diskaun tol sempena Tahun Baharu Cina

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 2 FEB: Lebih 452,000 pengguna di tiga lebuh raya bakal menikmati diskaun kadar tol sempena sambutan Tahun Baharu Cina, pada minggu hadapan.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (LITRAK), Stephen Low Chee Weng berkata, diskaun tol itu membabitkan Lebuh Raya Shah Alam (LSA), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya SMART.

Katanya, pemberian diskaun antara 10 dan 30 peratus itu akan bermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada 5 Februari ini.

“Diskaun ini adalah antara inisiatif pihak kami dalam mengurangkan beban pengguna semasa perayaan Tahun Baharu Cina.

“Secara keseluruhan, jumlah anggaran diskaun kadar tol ini berjumlah RM221,500,” katanya dalam kenyataan.

Stephen berkata, pengguna kenderaan Kelas 1 di Lebuh Raya LSA akan menikmati diskaun 10 peratus (RM0.20) manakala 30 peratus (RM0.70) ditawarkan kepada pengguna LDP.


Pengarang :