Malu apa bossku atau memang tidak tahu malu? | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Afix Redzuan

Malu apa bossku atau memang tidak tahu malu?

OLEH AFIX REDZUAN

SEMENYIH, 19 FEB: Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih perlu berfikir beberapa kali jika ingin mengundi Barisan Nasional (BN) hanya kerana kehadiran Datuk Seri Najib Razak yang membawa slogan ‘Malu Apa Bossku’.

Pengerusi Pakatan Harapan (PAKATAN) Selangor, Amirudin Shari berkata, tidak menjadi masalah jika ingin bertemu atau mendengar ‘lawak jenaka’ Najib tetapi perlu diingat perbuatannya dahulu hingga didakwa dengan pelbagai kes, selepas tidak lagi menjadi perdana menteri.


“Pertama kali dalam sejarah negara bekas perdana menteri dituduh dengan pelbagai dakwaan, itu pun (beliau) masih berani turun Semenyih mengaku ‘nak buat apa malu bossku’.

“Memang muka tidak tahu malu,” katanya ketika menyampaikan ceramah isu semasa, di Kampung Rinching Hilir, semalam.

Pada masa sama, katanya, rakyat tidak boleh membandingkan pentadbiran 60 tahun BN dalam kerajaan, berbanding PAKATAN yang baharu sahaja memerintah dalam tempoh sembilan bulan.

Katanya, perbandingan yang boleh dibuat adalah pentadbiran di Selangor, yang memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat, sejak 2008.

“Kalau nak buat perbandingan, jangan buat perbandingan kerajaan pusat sekarang dengan terdahulu walaupun sudah ada tanda-tandanya.

“Kalau mahu beri contoh dan bukti, berikan bukti bagaimana pentadbiran Kerajaan Selangor walaupun BN menganggap keputusan serta cara kita buat akan merosakkan status juga reputasi negeri,” katanya.

Dalam ucapannya, Amirudin turut menyeru pengundi di DUN Semenyih untuk memberikan sokongan kepada calon PAKATAN, Muhammad Aiman Zainali pada pilihan raya kecil, pada 2 Mac ini.

Katanya, walaupun calon ditampilkan masih muda tetapi dengan bimbingan pemipin berpengalaman dalam PAKATAN, beliau mampu memberikan perkhidmatan terbaik dan meneruskan agenda peduli rakyat.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next