AGAMASELANGOR

Masjid Raja Muda Musa Semenyih terima sumbangan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEMENYIH, 15 FEB: Masjid dan surau di Selangor sentiasa mendapat perhatian Kerajaan Negeri bagi memastikan institusi terbabit diperkasa dengan pelbagai program keagamaan dan keilmuaan.

Antara langkah diambil termasuk memberi sumbangan kewangan bagi membantu pengurusan masjid merancang program yang bakal dianjurkan.

Terbaharu, Masjid Raja Muda Musa di pekan Semenyih turut menerima sumbangan berjumlah RM20,000 yang disampaikan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Hadir sama, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pegawai Operasi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Soffan Affendi Aminudin.

Sebelum itu, di masjid sama, Amirudin dan Mohamed Azmin menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah bersama penduduk tempatan serta menyertai majlis bacaan yassin.

Kedua-dua pemimpin itu turut mengambil peluang bermesra dengan penduduk tempatan dalam kenduri rakyat di penghujung majlis.


Pengarang :