GLOBALNASIONAL

Mastercard gugur nama dari simbolnya

KUALA LUMPUR, 19 FEB: Mastercard hari ini mengumumkan menggugurkan namanya daripada tanda simbol dalam konteks tertentu, yang menjadi jenama ikonik kad berkenaan.

Mastercard dalam kenyataan berkata, simbol yang menggambarkan bulatan merah dan kuning yang saling bertaut, kini dipaparkan tanpa nama ikoniknya, sebagai syarat penerimaan pada lokasi runcit sama ada dalam dunia fizikal serta digital termasuk dalam penajaan.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasinya, Raja Rajamannar berkata, lebih daripada 80 peratus pengguna mampu mengecam simbol Mastercard secara spontan tanpa perkataan ‘mastercard’.

“Dengan ini, Mastercard merasa berasa yakin untuk mengambil langkah seterusnya dalam evolusi jenamanya,” katanya.

Bulatan merah dan kuning yang saling terkait itu sudah menjadi lambang jenama Mastercard lebih daripada 50 tahun.

MasterCard juga memperkenalkan identiti jenama soniknya, ia menampilkan bunyi elektronik yang komprehensif.

Apabila Mastercard dipakai sama ada secara fizikal, digital atau persekitaran audio, melodi elektronik Mastercard yang berbeza dan mudah diingati itu akan menerbitkan kebiasaan.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :