SELANGOR

MB: Pengkritik jemput datang berkempen di Semenyih

OLEH AFIX REDZUAN

SUBANG, 25 FEB: Pengerusi Pakatan Harapan (PAKATAN) Selangor, Amirudin Shari menjemput pihak yang mengkritik ketiadaan jentera KEADILAN Selangor sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.24 Semenyih supaya turun sendiri melihat suasana kempen.

Beliau yang juga Dato’ Menteri Besar berkata, pengkritik yang tidak datang masih berpeluang berbuat demikian dalam baki lima hari tempoh berkempen sebelum hari pengundian pada 2 Mac ini.

“Kritikan itu datang daripada orang yang tak datang. Jadi orang yang tak datang tu, datang dan tengok gerak kerja di sana. Hampir setiap malam saya turun di sana.

“Semalam saya bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin. PAKATAN tahu operasi kita di Semenyih. Yang kritik saya tidak datang itu, sehari pun tidak pernah datang. Saya jemput dia datang,” katanya dalam sidang media selepas berakhirnya program ‘Town Hall Selangor Aerospace Action Plan’ di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Jalan Lapangan Terbang Subang di sini.

Sebelum ini, terdapat pihak mengkritik ‘ketiadaan’ jentera KEADILAN Selangor yang didakwa tidak turun membantu kempen PAKATAN di Semenyih.


Pengarang :