SELANGOR

MB santuni kariah Masjid Jamek Kampung Pasir

OLEH AFIX REDZUAN

SEMENYIH, 22 FEB: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari meluangkan masa beramah mesra bersama kariah Masjid Jamek Kampung Pasir Baru serta menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah.

Beliau tiba sekitar jam 7.20 malam turut bersama menyertai Majlis Tahli dan Bacaan Yaasin dan sempat mendengar kuliah Maghrib yang dipimpin Imam 1, Suhaimi Hassan.

Sejurus selesai, beliau bersalaman bersama jemaah sebelum menjamu selera.

Amirudin meneruskan program di Dewan Undangan Negeri Semenyih dengan menyampaikan ceramah kelompok di Pasar Kampung Baru Semenyih serta Ceramah Isu-isu Semasa di Balairaya Taman PKNS, Kampung Batu 26, Beranang.


Pengarang :