SELANGOR

MB terima kunjungan CPO Selangor, bincang isu keselamatan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 14 FEB: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menerima kunjungan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin di pejabatnya, di sini hari ini.

Pertemuan itu sempena pelantikan Noor Azam sebagai ketua polis negeri, pada 4 Februari lalu bagi menggantikan Datuk Mazlan Mansor yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

“Kerajaan Negeri akan sentiasa mengambil berat isu kebajikan anggota keselamatan, di Selangor.

“Kami turut berbincang berkenaan isu keselamatan awam dan kebajikan anggota polis di Selangor,” tulis Amirudin melalui Twitternya.

Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan dan Ketua Polis Daerah Shah Alam.


Pengarang :