PBTSELANGOR

MBPJ buka kaunter bergerak EZ-Pay sepanjang Februari

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 8 FEB: Kaunter bergerak EZ-Pay Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dibuka di beberapa lokasi bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran cukai dan kompaun, sepanjang Februari ini.

Memetik kenyataan melalui laman sesawang rasmi MBPJ, lokasi kaunter bergerak berkenaan ditempatkan di Taman Megah, SS24 (7 Februari – 13 Februari), SD 12/1, Sri Damansara (14 Februari – 21 Februari) dan PJU 10, Damansara Damai (22 Februari – 28 Februari).

“Kaunter ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 3 petang sepanjang bulan ini bertujuan memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan MBPJ,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi MBPJ di talian 03-79563544 sambungan 101/103/104/106/109 atau layari Facebook @petalingjayacitycouncil.

 


Pengarang :