EKONOMI

Omar Siddiq kini pemangku presiden, CEO CIMB Thai

KUALA LUMPUR, 5 FEB: CIMB Group Holdings Bhd melantik Omar Siddiq Amir Noer Rashid sebagai pemangku presiden dan ketua pegawai eksekutif anak syarikatnya, CIMB Thai Bank PCL (CIMB Thai), berkuat kuasa 30 Januari 2019.

Pelantikan itu dibuat susulan cuti secara suka rela Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif sebelumnya, Kittiphun Anutarasoti.

Terdahulu, CIMB Thai mencatatkan keuntungan bersih 6.9 juta baht (RM886,900) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, susut sebanyak 98.2 peratus atau 378 juta baht (RM48.57 juta) bagi tahun ke tahun kepada 6.9 juta baht.

Dalam kenyataannya, CIMB Group Holding Bhd berkata keuntungan sebelum cukai CIMB Thai turut susut 44.5 peratus tahun ke tahun kepada 271.2 juta baht (RM34.84 juta).

– BERNAMA


Pengarang :