SELANGOR

PAKATAN tak gusar pertandingan empat penjuru

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEMENYIH, 14 FEB: Pakatan Harapan (PAKATAN) bersedia mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih walaupun dijangka berhadapan pertandingan empat penjuru, pada pilihan raya kecil (PRK) DUN terbabit.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hal itu kerana PAKATAN sebelum ini pernah berhadapan dengan lebih dua penjuru sama ada dalam PRK atau pilihan raya umum.

“Itu hak mereka nak bertanding dan kita bersedia berhadapan dengan lawan walau empat penjuru sekalipun,” katanya pada sidang media Majlis Pengumuman Calon PAKATAN bagi PRK DUN Semenyih di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat, di sini hari ini.

PAS dan Barisan Nasional (BN) dijangka meneruskan kerjasama politik bagi menentang PAKATAN, pada PRK kali keenam selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

 


Pengarang :