Aksi pelumba negara mewakili Red Bull KTM Tech3 Hafizh Syahrin yang berhenti di ‘pit-stop’ ketika sesi Ujian Musim Sejuk Pramusim MotoGP 2019 di Litar Antarabangsa Sepang pada 6 Februari 2019. – Foto BERNAMA
SUKANKINI

Pelumba MotoGP mula sesi ujian rasmi di Sepang

SEPANG, 6 FEB: Seramai 25 pelumba kelas MotoGP termasuk pemandu ujian, memulakan sesi ujian pramusim pertama mereka di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Sesi ujian berkenaan akan berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini.

Selepas dua bulan tamatnya musim Kejuaraan Motosikal Dunia 2018, para pelumba kembali beraksi dengan jentera masing-masing.

Peminat MotoGP tempatan boleh menyaksikan sesi ujian pramusim itu secara percuma.

Ujian itu akan disusuli dengan satu lagi sesi di Litar Losail, pada 23 hingga 25 Februari ini.

Perlumbaan MotoGP Dunia sebanyak 19 pusingan akan bermula di Grand Prix Qatar juga di Litar Losail, pada 10 Mac ini dan Litar Sepang akan menjadi tuan rumah untuk pusingan ke-18, pada 3 November.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, promoter perlumbaan permotoran negara, Sepang International Circuit Sdn Bhd menghangatkan lagi suasana di litar dengan persembahan tarian singa di kawasan Paddock litar berkenaan.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :