Datuk Syed Zaid bin Syed Jaffar Albar. Picture from MBSB
NASIONAL

Pengerusi SC dipilih sebagai Naib Presiden IOSCO

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Syed Zaid Albar dipilih sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Pasaran Pertumbuhan dan Pesat Membangun (GEM) Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO).

SC dalam kenyataan berkata, IOSCO adalah pengasas standard global terkemuka bagi mengawal selia sekuriti dan mengawal lebih 95 peratus pasaran sekuriti dunia, di lebih 115 bidang kuasa.

“Pembabitan dan kerjasama antarabangsa melalui IOSCO adalah kritikal ekoran persekitaran pasaran yang semakin kompleks, inovasi kewangan meningkat dan aktiviti rentas sempadan yang diperluas.

“Kedudukan Malaysia sebagai peneraju di IOSCO memperkukuh komitmen SC untuk memacu agenda kewangan digital dan meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai pemimpin serantau dalam kewangan mampan,” katanya.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :