Sebanyak 34,090 kes demam denggi dilaporkan di Selangor dari Januari hingga 1 Ogos.
SELANGOR

Petaling catat kes denggi tertinggi

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 9 FEB: Petaling mencatatkan kes denggi tertinggi di Selangor iaitu sebanyak 3,023 kes, bermula awal Januari sehingga kini.

Ia kemudiannya diikuti Klang dengan jumlah kes sebanyak 2,644 dan Hulu Langat iaitu 1,691 kes.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, sementara Sabak Bernam dan Hulu Selangor mencatatkan jumlah kes denggi terendah iaitu 26 dan 65 kes sahaja.

“Walaupun kes denggi ini masih lagi tinggi namun saya lihat berlaku sedikit penurunan berbanding minggu sebelumnya.

“Disebabkan itulah kita akan meneruskan Kempen Selangor Gempur Aedes 2019 bermula 21 Januari lalu sehingga 17 Februari ini,” katanya.

Sehingga kini kes denggi di seluruh Selangor mencatatkan sebanyak 9,042 kes.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri mengumumkan telah memperuntukkan sejumlah RM500,000 kepada pihak berkuasa tempatan bagi menjalankan kerja pembersihan dan penghapusan khas di kawasan mencatatkan kes denggi.

Peruntukan disalurkan bagi menangani wabak itu di kawasan ‘hotspot’ denggi khususnya kawasan yang sukar diakses.

 


Pengarang :