Pink terima pengiktirafan Hollywood Walk of Fame | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Pink terima pengiktirafan Hollywood Walk of Fame

LOS ANGELES, 6 FEB: Penyanyi pop sensasi, Pink diberi penghormatan menerima bintang di Hollywood Walk of Fame semalam, salah satu pengiktirafan tertinggi untuk selebriti, di Amerika Syarikat.

Pink atau nama sebenarnya Alecia Beth Moore, 39, berkata pengiktirafan itu bagaikan mimpi dan mendedikasikannya kepada bapanya yang banyak memberi dorongan dalam dia meneruskan cita-cita terhadap kerjaya yang dicintainya.

“Saya rasa seolah bermimpi dan pasti ramai yang fikir saya akan diberi bintang ‘walk of shame’, namun sebaliknya saya di sini.


“Ada kuasa yang wujud bila anda percaya pada diri, ada kuasa yang wujud bila anda tidak mengalah dengan hidup dan tidak mengalah dengan diri sendiri,” katanya.

Beliau menerima anugerah itu dengan ditemani suaminya, Carey Hart bersama dua anak mereka.

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah dicalonkan untuk 20 anugerah Grammy dan memenangi tiga daripadanya.

Terbaharu, beliau turut dicalonkan dalam kategori vokal pop terbaik untuk album ‘Beautiful Trauma’, di Anugerah Grammy.

Beliau yang cukup popular dengan lagu What About Us dan Just Give Me A Reason itu menerima anugerah Grammy pertamanya, pada 2002 untuk lagu ‘Lady Marmalade’ yang juga dijadikan runut bunyi untuk filem ‘Moulin Rouge’.

*Sumber: AFP

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next