Selangorkini
PBT SELANGOR

PKPJ sedia perkhidmatan Rumah Buku

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 20 FEB: Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya (PKPJ) menyediakan perkhidmatan Rumah Buku bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan komuniti, mulai tahun ini.

Jurucakap Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam kenyataan berkata, perkhidmatan terbaharu itu disediakan di Taman bacaan PKPJ dan berhadapan pintu masuk Muzium Petaling Jaya sebagai permulaan.

“Dengan berkonsepkan ‘Read & Share’ dan budaya membaca di mana-mana, Rumah Buku ini memberi peluang serta ruang kepada sesiapa sahaja untuk menggunakan tanpa sebarang had, keahlian mahupun bayaran (FOC).

“Orang awam juga dialu-alukan untuk menderma buku di Rumah Buku ini untuk dikongsikan bersama,” katanya.

Beroperasi setiap hari, kemudahan itu terbuka kepada semua orang awam bermula jam 7 pagi hingga 7 malam.

PKPJ memaklumkan, pelbagai inisiatif yang lebih menarik akan menyusul dan memberi manfaat kepada semua, khasnya penduduk di Petaling Jaya.


Pengarang :