SELANGOR

Proses penggantian paip usang berjalan lancar

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEMENYIH, 23 FEB: Proses penggantian paip lama membabitkan jarak keseluruhan sejauh 27,000 kilometer (km), di seluruh negeri berjalan lancar.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, setakat ini sejauh 4,000km berjaya disiapkan dengan purata setahun sejauh kira-kira 1,000 km.

“Setakat ini semua berjalan dengan baik,” katanya kepada media pada Program Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara Bekas Pemain Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menentang Anak Jati Semenyih, di Padang Awam Pekan Semenyih di sini, hari ini.

Katanya, proses itu turut membabitkan kawasan Semenyih.

Sebelum ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd giat melaksanakan program penggantian paip untuk menukar paip usang yang sering bocor atau pecah.

Program penggantian paip itu dimulakan sejak syarikat itu mengambil alih industri perkhidmatan bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, pada Oktober 2015.


Pengarang :