Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut pada harga 4.0720/0780 berbanding 4.0740/0780 penutup Khamis.

Peniaga berkata, Amerika Syarikat (AS) dan China sedang membuat penambahbaikan terhadap perjanjian perdagangannya. Namun, masih belum jelas sama ada AS akan mengenakan tarif tambahan ke atas barangan China, pada 1 Mac.


“Berdasarkan arah aliran rundingan antara kedua-dua pihak, pelabur percaya bahawa perdamaian perdagangan selama 90 hari akan dilanjutkan, dan ini telah meningkatkan sentimen pasaran pada masa ini,” katanya.

Presiden Donad Trump dan Presiden China Xi Jinping dijangka bertemu pada suatu tarikh akan datang untuk terus membincangkan perkara itu.

Beliau juga berkata harga minyak yang lebih tinggi membantu meningkatkan prestasi mata wang.

Sehingga 9 pagi, minyak mentah Brent merekodkan paras AS$64.84 setong berbanding AS$63.64 setong semalam.

Berbanding sekumpulan mata wang utama lain, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah.

Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.9985/0034 daripada 2.9980/0014 dan susut berbanding yen kepada 3.6881/6945 daripada 3.6703/6742 semalam.

Unit tempatan itu juga rendah berbanding euro kepada 4.5973/6061 daripada 4.5881/5947, namun mengukuh berbanding pound British kepada 5.2101/2182 daripada 5.2282/2353.

*Sumber: BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next