EKONOMINASIONAL

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US

KUALA LUMPUR, 22 FEB: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini berikutan kekurangan permintaan terhadap unit tempatan terbabit, kata peniaga.

Pada 9 pagi ini, ringgit berada di paras 4.0770/0820 berbanding 4.0760/0810 yang dicatatkan semalam.

Seorang peniaga berkata, perkembangan itu disebabkan oleh pengambilan untung ringgit berikutan aliran kenaikan yang menyaksikannya mencecah paras tertinggi dalam masa enam bulan iaitu 4.0640/0700 pada Rabu.

“Pelabur kini mengalihkan minat mereka kepada dolar AS selepas pengumuman minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) semalam,” katanya, lapor BERNAMA.

Sementara itu, ringgit turut mengukuh berbanding kelompok mata wang global kecuali euro.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3172/3242 daripada 5.3249/3335 dan mengukuh berbanding yen Jepun pada 3.6813/6868 daripada 3.6817/6869 pada Khamis.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0111/0152 berbanding 3.0121/0163 namun susut berbanding euro kepada 4.6229/6294 daripada 4.6153/6230 sewaktu ditutup semalam.


Pengarang :