Ringgit dibuka tinggi | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Ringgit dibuka tinggi

KUALA LUMPUR, 18 FEB: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan pagi ini didorong permintaan lebih baik bagi mata wang tempatan, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan kepada 4.0720/0770 berbanding 4.0870/0900 pada Jumaat lalu.

Peniaga berkata, sentimen itu turut disokong oleh harga minyak stabil, walaupun di sebalik kebimbangan dengan ketidaktentuan politik dalam pertikaian perdagangan AS-China.


“Laporan Trecent menyatakan China sudah mengemukakan cadangan dramatik untuk menangani isu penting perdagangan tidak seimbang. Ini akan menghapuskan keseluruhan lebihan perdagangan dua hala dengan Amerika dalam enam tahun,” katanya.

Harga minyak mentah Brent berada pada AS$66.48 setong.

Berbanding dengan kebanyakan mata wang utama yang lain, ringgit diniagakan lebih tinggi.

Mata wang tempatan menyusut berbanding pound British kepada 5.2570/2638 daripada 5.2354/2409 ketika ditutup pada Jumaat.

Bagaimanapun, ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0032/0073 daripada 3.0082/0116, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6837/6893 daripada 3.7013/7050 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6046/6107 daripada 4.6110/6152.

*Sumber: BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next