Ringgit lemah pada awal dagangan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Ringgit lemah pada awal dagangan

KUALA LUMPUR, 7 FEB: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disebabkan kekurangan momentum belian.

Pada jam 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.0980/1020 berbanding dolar AS daripada 4.0900/0970 penutup Isnin.

Pasaran ditutup selama dua hari sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.


Maybank Kim Eng Research berkata, ringgit/dolar AS mengalami kemerosotan secara beransur-ansur lebih daripada 2.5 peratus sejak mencecah paras tinggi 4.20 pada 28 November, tetapi persekitaran luaran yang lebih baik berpotensi menyokong untuk meraih pengukuhan lanjut.

Sementara itu, nota tempatan didagangkan kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0210/0251 daripada 3.0227/0290 penutup Isnin tetapi merosot berbanding yen Jepun kepada 3.7326/7369 daripada 3.7216/7290.

Berbanding pound British, unit tempatan mengukuh kepada 5.2995/3051 daripada 5.3424/3531 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6570/6619 daripada 4.6814/6902.

*Sumber: BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next