EKONOMINASIONAL

Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), pagi ini ekoran pelabur mengambil sikap berhati-hati tidak memasuki pasaran menanti penerbitan laporan pertumbuhan ekonomi Malaysia 2018 dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat tahun lalu oleh Bank Negara Malaysia hari ini.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.0650/0700 berbanding dolar AS daripada 4.0650/0690 penutup semalam.

Peniaga berkata, data KDNK yang akan diumumkan itu akan menunjukkan prestasi keseluruhan ekonomi negara pada tahun lalu.

“Angka itu juga akan memaparkan kestabilan ekonomi, asasnya serta prospek masa depan,” katanya.

Menyentuh faktor luaran, beliau berkata rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China hari ini dan esok dijangka berakhir secara baik dan menyuntik sentimen positif terhadap pasaran global.

“Bersandarkan data KDNK yang baik dan asas-asas ekonomi yang kukuh serta faktor luaran yang positif, saya percaya ringgit boleh meningkat lebih tinggi kepada paras 4.03 sehingga 4.04 menjelang akhir bulan ini,” katanya.

Selain itu, ringgit turut diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9905/9946 daripada 2.9982/0016 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6635/6690 daripada 3.6724/6764 penutup semalam.

Ringgit turut meningkat berbanding euro kepada 4.5780/5857 daripada 4.6016/6073 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.2247/2316 daripada 5.2382/2437.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :