SELANGOR

RMS berkenan saksi MoU Integriti FAS & SPRM

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 17 FEB: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Integriti antara Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini.

Kenyataan di Facebook Selangor Royal Office memaklumkan, sebagai Presiden FAS, baginda berikrar mematuhi buku panduan integriti bagi mengekang gejala rasuah dalam arena bola sepak tempatan.

“FAS adalah pasukan pertama mewujudkan pelan strategik integriti di mana buku panduan integriti akan menjadi rujukan kepada semua pegawai dan pemain Red Giants yang merangkumi skuad futsal, Piala Belia, Piala Presiden dan Liga Super.

“Kandungan utama dalam buku berkenaan termasuk menerangkan secara terperinci mengenai makna integriti, nilai integriti dan rasuah.

“Antara cadangan awal SPRM yang sedang diteliti bagi memperkukuh integriti pemain ialah telefon bimbit pemain disimpan empat jam sebelum perlawanan sebagai langkah mengelak berlakunya gejala rasuah atau mengatur perlawanan dalam Liga Malaysia (Liga M),” tulisnya.

Foto Sumber: Facebook Selangor Royal Office

 


Pengarang :