RTB Sungai Semenyih selesai isu banjir | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Sheeda Fathil

RTB Sungai Semenyih selesai isu banjir

OLEH SHEEDA FATHIL

HULU LANGAT, 15 FEB: Pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Semenyih menunjukkan hasil positif apabila masalah banjir di kawasan itu akhirnya dapat diatasi secara tuntas.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, projek RTB yang mula dilaksanakan pada 2016 itu siap sepenuhnya pada pertengahan 2018 dengan menelan kos hampir RM5 juta.


Katanya, berdasarkan rekod projek sepanjang 3.5 kilometer (km) itu juga mampu mengatasi risiko banjir di empat lokaliti jika taburan hujan tidak menentu.

“Sebelum pihak kami menggembleng usaha bagi melaksanakan projek ini, kawasan sini seringkali berdepan masalah banjir, sehingga menyebabkan kehidupan harian penduduk sekitar terjejas.

“Sejak 2018, hanya ada satu kejadian banjir, namun itu berpunca daripada taburan hujan yang turun dari Negeri Sembilan dan hujan yang turun pada kadar luar biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Lawatan Tapak RTB Sungai Semenyih pada sesi Jelajah Maju Bersama Dato’ Menteri Besar ke Daerah Hulu Langat, di sini hari ini.

Pada masa sama, katanya, projek RTB itu akan disambung lagi sekitar tiga kilometer bagi mengatasi lapan lokaliti kawasan Hulu Langat yang turut berhadapan risiko banjir.

“Namun, ada beberapa isu yang perlu diselesaikan sebelum ia dilaksanakan seperti masalah
pengambilalihan tanah dan kita akan memikirkan beberapa mekanisme bagi menyelesaikan masalah itu.

“Ini kerana Kerajaan Negeri perlu berbelanja lebih RM25 juta untuk pengambilalihan tanah sebelum melaksanakan projek RTB yang hanya menelan kos sekitar RM5 juta,” katanya.

Berdasarkan rekod, sejak RTB dilaksanakan ia mampu mengatasi banjir di Sungai Jerlok, Pekan Kajang dan diteruskan di Sungai Semenyih diikuti Sungai Rinching, pada masa akan datang.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next