EKONOMINASIONAL

Saham KL dibuka rendah dalam dagangan berhati-hati

KUALA LUMPUR, 22 FEB: Saham di Bursa Malaysia dibuka rendah pada dagangan awal hari ini berikutan sentimen berhati-hati selepas aliran saham global rendah pada Khamis ketika pelabur menunggu perkembangan rundingan dagangan terbaharu antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.37 mata kepada 1,730.31 daripada 1,730.68 sewaktu ditutup semalam.

Indeks itu dibuka susut 0.17 mata kepada 1,730.51.

Public Investment Bank Bhd menerusi nota penyelidikannya berkata, pelabur lebih memberi tumpuan terhadap rundingan itu memandangkan tarikh akhir gencatan dagangan AS-China 1 Mac ini yang semakin hampir.

Apabila tarikh itu tamat, tarif AS ke atas AS$200 bilion import China akan melonjak 25 peratus daripada 10 peratus ketika ini kecuali kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu berjaya mencapai persetujuan.

Di Wall Street, S&P 500 ditutup susut 0.35 peratus kepada 2,774.88, Dow Jones Industrial Purata turun 0.4 peratus kepada 25,850.63 manakala Nasdaq Composite ditutup turun 0.39 peratus kepada 7,459.71.

Public Bank sebaliknya berpendapat FBM KLCI dijangka menyaksikan dagangan lebih tinggi hari ini, antara paras 1,720 dan 1,734 berikutan momentum peningkatan yang lebih ketara manakala aktiviti pengambilan untung akan lebih dilihat ketika usaha cuba mencecah paras rintangan pada 1,734.

“Tahap sokongan untuk indeks adalah sekitar 1,680, 1,700 dan 1,720 manakala tahap rintangan pula 1,734, 1,743 dan 1,762,” katanya, lapor BERNAMA.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 131 berbanding 104 manakala 187 kaunter tidak berubah, 1,445 tidak diniagakan dan 20 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 124.79 juta saham bernilai RM61.63 juta.

Saham wajaran tinggi tempatan menyaksikan Maybank untung tiga sen kepada RM9.56, Public Bank susut dua sen kepada RM24.98, Tenaga rugi enam sen kepada RM13.44 dan Petronas Chemicals meningkat tiga sen kepada RM9.08.

Bagi saham aktif, AirAsia X rugi dua sen kepada 27 sen, Bio Osmo turun setengah sen kepada enam sen dan KNM Group susut satu sen kepada 10.5 sen.

Indeks FBM Emas turun 6.23 mata kepada 12,077.69, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 15.15 mata kepada 12,047.43 dan FBMT 100 susut 7.71 mata kepada 11,930.76.

Indeks FBM Ace berkurangan 3.65 mata kepada 4,767.55 dan FBM 70 susut 30.58 mata kepada 14,546.64.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 20.28 mata kepada 17,873.70, Indeks Perladangan meningkat 9.04 mata kepada 7,461.52 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.33 mata kepada 168.79.


Pengarang :