SUKANKINI

Selangor United mula langkah kanan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 3 FEB: Kemenangan diperoleh Selangor United ketika menentang pasukan Kelantan adalah langkah kanan untuk pasukan itu dalam saingan Liga Perdana 2019.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menerusi twitter berkata, kemenangan itu sekali gus membolehkan Selangor United memperolehi tiga mata yang cukup bermakna.

“Syabas kepada pasukan Selangor United. Tahniah!,” tulisnya.

Gol ’emas’ itu dijaringkan Nikita Olegovich Pavlenko pada minit ke-23 sekali gus mengejutkan pasukan lawan.

Pengendali Selangor United, Abd Talib Sulaiman berkata, beliau gembira apabila pasukan berkenaan berjaya mengumpulkan tiga mata yang disifatkan sebagai pencetus semangat untuk mengharungi baki saingan.

“Paling penting adalah kita dapat tiga mata. Kita pasukan baharu namun anak buah saya buktikan yang kita bukan pasukan yang senang untuk ditewaskan.

“Mata ini cukup berharga untuk mencetus semangat bagi mengharungi saingan liga yang panjang,” katanya.

Selangor United menewaskan Kelantan 1 – 0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang di sini, semalam.

FOTO: MALAYSIA FOOTBALL LEAGUE


Pengarang :