SPRM tahan mantan Ahli Parlimen Johor | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

SPRM tahan mantan Ahli Parlimen Johor

JOHOR BAHRU, 9 FEB: Seorang mantan Ahli Parlimen bergelar Datuk di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung dua kes menerima suapan wang dan sebidang tanah bernilai RM230,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 56 tahun itu juga adalah mantan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Beliau ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 12.40 tengah hari tadi dan berkemungkinan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, esok, lapor BERNAMA.


Difahamkan, semasa menjadi Ahli Lembaga Pengarah FELDA, beliau mengunakan kedudukannya untuk mengambil tindakan mengesyor dan meluluskan pelantikan sebuah syarikat pencetakan yang disyaki beliau mempunyai kepentingan bagi kerja penerbitan Akhbar 1Suara di FELDA daripada 2012 hingga 2015 yang dianggarkan bernilai lebih RM13 juta.

Sebagai balasan, pada 2013, beliau telah menerima suapan wang ringgit bernilai RM50,000 dan pada 2014 pula, beliau telah menerima sebidang tanah di Mukim Kota Tinggi, di sini, bernilai kira-kira RM180,000.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan bahawa mantan Ahli Parlimen itu akan menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next